SILA CLAIM (EIS) BILA DIBERHENTIKAN KERJA Beberapa bulan lepas isteri saya diberikan surat termination sebab projek syarikat dia ditutup. Sedih ye 29hb Feb diberhentikan esoknya pula 1 Mac hari jadi dia. Tak tahu nak sedih ke nak gembira Ini pekerjaan tetap pertama isteri, jadi memang tak sedar kewujudan EIS (Employer Insurance System) ni. Rupanya ada mencarum EIS ni dan boleh claim. ** Syarat Kelayakan: 1 Semua pekerja yang bertaraf warganegara Malaysia 2 Berumur 18-60 tahun 3 Bekerja dengan sektor swasta 4 Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service) ** Cara mohon: - Daftar masuk di https://eis.perkeso.gov.my/eisportal/insured/login Sediakan dokumen (pdf) 1. Salinan IC 2. Slip gaji 6bulan 3. Surat tawaran kerja hari pertama 4. Surat renew contract (kalau ada) 5. Surat diberhentikan kerja 6. Salinan Bank akaun HANTAR dan tunggu pegawai hubungi. ** Ada banyak faedah yang pelbagai diberikan Perkeso ni, saya pun tak berapa arif, (Kena tanya PERKESO untuk maklumat ...
Comments
Post a Comment