Come back Takaful 2021 !!

Alhamdulillah tahun ni saya kembali semula dalam industri ini. Saya pernah berada dalam bidang ni beberapa tahun lalu tapi dek kerana kelemahan diri dan permasalahan peribadi ketika itu saya menjadi pasif dan menyepi. Tapi sekarang inshaAllah saya dah lebih matang dan kembali aktif.

Sebenarnya peranan Perunding Kewangan ni sangat penting di Malaysia,
Sebab banyak perkara kita Tahu tapi tak Faham tentang kewangan ni

Contoh:

Kita TAHU kita kena simpan duit
Tapi tak FAHAM berapa sepatutnya kena simpan? di mana sebaiknya kena simpan? kenapa kena simpan disitu? yada yada

Kita TAHU bila mati je waris dapat harta
Tapi tak FAHAM apa je harta yang dapat? berapa yang perlu difaraidkan? apa saja yang isteri dapat? apa jenis hutang yang perlu dibayar si mati? yada yada

Makanyaa itulah peranan penting perunding / ejen ini untuk membantu terangkan kepada orang awam tentang perkara ini dan bukan sekadar menjual sahaja. 

Oleh yang demikian, Dengan rendah hati saya ingin mengucapkan jutaan Terima Kasih dan Seribu kemaafan kepada semua individu, sifu2 yang pernah saya temui yang membantu dan mengajar saya dalam bidang ini sebelum ini maaf sekiranya ada terguris hati dan perasaan dan Terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan, sesungguhnya jasa kalian tidak akan saya lupakan.

**** 

Maaf andai kau terluka maafku tak sengaja,
Pintaku hanya Peluang Kedua darimu.

- Syauqi Razali





Comments

Popular posts from this blog

PRIVACY LINK - Syauqi

SILA CLAIM (EIS) BILA DIBERHENTIKAN KERJA