SILA CLAIM (EIS) BILA DIBERHENTIKAN KERJA

SILA CLAIM (EIS) BILA DIBERHENTIKAN KERJA
Tiada penerangan foto disediakan.
Beberapa bulan lepas isteri saya diberikan surat termination sebab projek syarikat dia ditutup. Sedih ye 29hb Feb diberhentikan esoknya pula 1 Mac hari jadi dia. Tak tahu nak sedih ke nak gembira
Ini pekerjaan tetap pertama isteri, jadi memang tak sedar kewujudan EIS (Employer Insurance System) ni. Rupanya ada mencarum EIS ni dan boleh claim.
** Syarat Kelayakan:
1 Semua pekerja yang bertaraf warganegara Malaysia
2 Berumur 18-60 tahun
3 Bekerja dengan sektor swasta
4 Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)
Sediakan dokumen (pdf)
1. Salinan IC
2. Slip gaji 6bulan
3. Surat tawaran kerja hari pertama
4. Surat renew contract (kalau ada)
5. Surat diberhentikan kerja
6. Salinan Bank akaun
HANTAR dan tunggu pegawai hubungi.
** Ada banyak faedah yang pelbagai diberikan Perkeso ni, saya pun tak berapa arif, (Kena tanya PERKESO untuk maklumat lanjut)
Contoh kawan2 yang pernah tuntut:
- Baru kerja & mencarum tak cukup setahun tak lepas tuntut.
- Kerja cukup setahun dan dapat offer kerja lain, Dapat Sebulan elaun.
- Kerja lebih 2 tahun, Dapat 6bulan elaun.
- Setiap tuntutan diberi tawaran latihan (elaun disediakan)
** kiraan elaun boleh rujuk di portal.
MACAM MANA NAK TAHU KITA MENCARUM EIS NI?
- Rujuk potongan slip gaji:
1) KWSP - simpanan hari tua
2) PERKESO - caruman kalau masuk hospital / kemalangan / kematian
3) EIS - caruman hilang pekerjaan
4) PRS - simpanan macam KWSP tapi dalam tabung Private Retirement Scheme
** Caruman EIS ni ciput je, tapi sedar tak sedar bila kita hilang kerja, ada lah bantuan untuk kita survive. Itulah fungsi Insurans pekerjaan
Sama juga Andaikata kalau kita hilang nyawa, sedar tak sedar ada pampasan 200k, ada lah bantuan untuk keluarga kita survive. Itulah fungsi takaful nyawa.
Semoga Bermanfaat.


Comments

Popular posts from this blog

PRIVACY LINK - Syauqi

Come back Takaful 2021 !!