KISAH SAYA BELI RUMAH PERTAMA BEFORE UMUR 25 TAHUN

**Seminggu dua ni ramai kawan tanya pasal rumah, masing2 dah kerja, dah nak kawen kan. So ini sekadar perkongsian untuk korang yang berada di situasi yang sama macam saya atau sedang merancang beli rumah pertama. Semoga bermanfaat.
Bismillah. Kisahnya tahun lepas masa PKP 1.0 baru muncul, tiba2 satu malam saya tak boleh tidur, tiba2 datang rasa membuak nak beli rumah sendiri. Datang rasa nak ada rumah sendiri dah taknak menyewa. Rasa rugi gila menyewa. Sebabnya:
1) Sebab saya menyewa dekat bandar (kerja area kl), harga sewa topup sikit je dah boleh bayar bulanan rumah sendiri.
2) Saya plan nak kawen tahun lepas,so nanti dah ada isteri mestilah nak ada rumah sendiri, hias rumah ikut citarasa sendiri. Gitu
3) Saya rasa kalau lambat beli rumah nanti mesti harga akan lagi naik, rumah mampu milik sekarang pun jadi mampu tengok je, akan datang tak tahu la macam mana kan.
So sepanjang malam saya cari senarai rumah yang boleh saya pergi showroom and esoknya saya set appointment. Sampailah PM umum boleh rentas daerah waktu tu (dalam hujung bulan syawal xsilap) benda pertama saya buat ialah CARI RUMAH.
Ini senarai rumah/ showroom yang saya pergi dalam minggu tu:
1) Rumah teres di senawang
-Harga: RM450k
-Downpayment: 0%
- 4Bilik 3tandas (2tingkat)
2) Townhouse Kajang
- harga: RM300k
- downpaymnt: 10%
- 3bilik 2tandas (2 parking)
3) Apartment Kajang2
- Harga: RM290k
- downpayment: 1%
- 4bilik 3tandas (2 parking)
4) Rumawip Gombak
- Harga: RM300k
- downpayment 10%
- 3bilik 2tandas (1 parking)
5) Apartment TTDI Jaya (HouzeKey Program)
- Harga: RM400k
- instalment RM900
- 3bilik 2tandas
6) PR1MA (pelbagai pilihan)
- range harga RM300k - 400k
So dalam banyak2 pilihan ni, semua saya buat semak kelayakan. And semestinya semua Tak lepas ye
Tapi ntah kenapa waktu saya rasa taknak giveup still nak juga dapatkan sebuah rumah masa tu. And yes akhirnya saya berjaya lulus loan untuk beli salah satu rumah ni.
***********************************************************************
Sambungan:
So dalam banyak2 rumah ni, saya pilih rumah no3. Ya, rumah di Kajang2.
Sebab kelebihan dia saya rasa paling best sangat la masa tu. Downpayment pun kira rendah la kan.
So macam mana saya berjaya book rumah ni?
Semestinya saya guna kaedah Joint loan dengan tunang saya masa tu (sekarang isteri). Dia pun follow jela sebab dengar saya explain semangat sangat, so dia pun support laaa. Huhu
Pendekan cerita kitorang booking la unit, dan tunggu jela bank luluskan loan.(salesman akan submit loan 5-6 bank) Sebulan berlalu duk tunggu tiba2 bank pertama kata tak lulus, tunggu bank lain pula. Pun tak lulus juga.
Rupanya sebab saya amek moratorium loan kereta dan asb masa pkp, tu dia ganggu score ccris juga katanya.
Masatu dah rasa tak semangat dah, saya dan wife bincang mungkin masanya belum sesuai lagi. Ni antara point yang buat saya terfikir sekali lagi betul ke tindakan aku beli rumah ni? Huhu
1) Rumah siap 2023, nanti dah siap kalau nak invest / duduk mesti perlukan duit lagi nak setup rumah
2) Rumah area kajang, kerja area KL sanggup ke nak ulang alik?
3) Maybe akan ada rumah lain lagi murah dan bagus akan datang? Kenapa nak rushing?
4) Kita masih muda. Kumpul duit dulu la maybe gaji tak strong
Banyak lagi point, and buatkan saya rasa dah tak kisah kalau lulus ataupun tak. Saya banyakan bacaan lagi, tanya kawan2 agent property dll. So makin luas la pandangan saya tentang hartanah masa tu dan sedarkan saya tindakan saya sememangnya terburu-buru.
Satu hari salesman nak uptade pasal unit yang nak dibeli. Tapi masatu saya rasa nak cancel booking sebab saya dah sedar tentang hartanah ni. Tapi tiba2 dia kata BANK LULUS LOAN. Pulakdah..Setelah 4 bank reject, bank sotong luluskan untuk apply loan siap pakej dapat 2 biji kredit kad lagi.
(Maybe sebab saya ada ASBF dengan bank sotong) sebabtu kot boleh lulus.
Tapi masa tu saya dah fikir masak2, tunggu berbulan tak lulus mesti tak strong lagi la permohonan kita. So saya minta maaf dekat salesman tu dan cancel booking.
Dan now setelah setahun berlalu, saya dah ubah target rumah pertama saya:
1) Cari tanah + bina rumah sendiri (bajet RM150k - 200k)
2) Beli rumah lelong (bajet RM100k)
3) Beli rumah sub Sale (bajet RM150k)
4) Terus menyewa dan strongkan income
Sekarang kami masih di no4, dan doakan kami dan semua yang baca ini dapat miliki rumah pertama kita. InshaAllah amin.
Kalau korang mampu dari kewangan, atau rumah kawasan korang masih murah teruskan cari rumah idaman masing2,
Tapi kalau korang berada dalam situasi macam saya, jangan bimbang,
Cepat atau lambat, inshaAllah masanya akan tiba.
****Tips beli rumah pertama
1) Cipta ccris score yang cantik
(Buat kad kredit / ASBF / Bayar loan ontime)
2) Kira kelayakan gaji
(Gaji x 60%) tolak (Komitmen loan) darab (200) = * harga rumah layak kita beli
3) Banyak bertanya orang (agent property / financial planner)
Bertanya orang yang tahu kalau kamu tak tahu
“ فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون”
***Semoga perkongsian ini bermanfaat
Gambar rumah dan pendapat saya tentang kelebihan & kekurangan rumah ada di dalam fb:
Comments
Post a Comment